Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nama Farid Kamil dikaitkan dengan dakwaan memukul pelakon comel Nora Danish.
Namun, pembaca jangan salah sangka kerana itu merupakan watak terbaru yang dilakonkan Farid dalam filem terbarunya, Bencinta yang diterbitkan oleh Metrowealth Sdn Bhd.
“Saya memegang watak sebagai Faizal dalam filem ini. Faizal merupakan seorang lelaki yang gemar memukul perempuan. Faizal sering memukul isterinya, Fathia, lakonan Nora,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Walaupun memegang watak sebegitu, namun Farid menyatakan dia menentang 100 peratus keganasan yang dilakukan terhadap kaum wanita.
“Saya kurang gemar dengan karakter tersebut tapi sebagai pelakon, saya telah cuba merealisasikan watak Faizal dengan sebaik mungkin,” jelasnya lagi.
Filem Bencinta sekali lagi mempertemukan Farid dan Nora sebagai gandingan bersama selepas filem komedi romantik Cuti-Cuti Cinta yang ditayangkan beberapa tahun lalu.
Oleh: AUDREY LEE
0 komentar:
Posting Komentar