sinar harian 11 Sept 2012
JASIN - Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan tergantung di beranda rumahnya di Kampung Pondok Kempas, Kesang Pajak, petang kelmarin.
Dalam kejadian lebih kurang jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 75 tahun ditemui isterinya yang baru pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anaknya di Kesang Jaya.
Isteri mangsa berusia 75 tahun berkata, sebelum keluar rumah dia mengajak suaminya yang menghidap asma dan paru-paru berair untuk pergi bersama namun suaminya enggan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa meninggalkan suaminya seorang diri di rumah.
“Saya ke rumah anak kerana dia mengadakan kenduri kesyukuran kerana akan menunaikan haji tetapi bila pulang ke rumah, saya terkejut lihat suami dalam keadaan tergantung.
"Sebelum kejadian kami tidak ada perselisihan faham. Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku," katanya, semalam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Kempas selepas solat Zuhur, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
“Polis menerima panggilan kira-kira jam 3 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat.
"Pihak hospital memaklumkan mangsa mati kerana lemas,” katanya.

0 komentar:
Posting Komentar